KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2023.
Menurut catatan di Instagram Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah itu pengiktirafan kepada Dr Adeeba sebagai antara individu berprestasi tinggi di negara ini dan persada dunia.
Al-Sultan Abdullah menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada usaha gigih, pencapaian dan sumbangan beliau kepada bidang perubatan, penyelidikan penyakit berjangkit serta advokasi perubatan di Malaysia dan di pentas antarabangsa.
"Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan," menurut catatan itu.
Dr Adeeba menerima anugerah utama itu pada majlis Anugerah Akademik Negara ke-15 (AAN15) Selasa lepas, yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Adeeba merupakan pakar penyakit berjangkit negara; ahli sarjana terkenal dalam bidang perubatan dan penyelidikan penyakit berjangkit; rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.
Dr Adeeba juga dilantik sebagai anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berganding bahu bersama pakar-pakar bidang perubatan dan kesihatan terkemuka di peringkat antarabangsa pada 2021 selain menjadi orang Asia pertama dilantik sebagai Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa.
Ketika negara berhadapan pandemik COVID-19, Dr Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, merupakan antara wira di belakang tabir yang mempunyai tanggungjawab besar selaku pakar rujuk kerajaan dan Ketua Task Force Mengawal COVID-19 untuk mengekang penularan wabak maut itu.
Dalam hantaran berasingan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Helen Selvanathan atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dianugerahkan Women in Tech Asia Pacific Best Ally Award for 2022, Selasa lepas.
"Semoga dilimpahi kejayaan yang berterusan," menurut catatan berbentuk poster itu.
Anugerah Women in Tech Asia Pacific Best Ally Award for 2022 adalah penghormatan kepada wanita, inisiatif dan organisasi luar biasa yang membentuk masa depan teknologi dan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.
Helen, yang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat, ialah ahli Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) dan Ketua Pegawai Eksekutif Action Network.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Dr Adeeba menerima anugerah utama itu pada majlis AAN15 Selasa lepas. - Gambar IG Istana Negara
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.